Singapura: Terik matahari, kelembapan tinggi dan pencemaran bukan sahaja menguji ketahanan tubuh malah boleh menjadi ancaman senyap kepada benteng pelindung kulit, terutama masyarakat Asia yang lebih terdedah kepada masalah kulit sensitif.
Bertitik tolak daripada cabaran itu, Clera Cera tampil sebagai jenama penjagaan kulit dermatologi baharu yang menggabungkan kepakaran pakar dermatologi dan penyelidikan saintifik bagi menghasilkan formulasi khusus untuk kulit Asia.
Clera Cera, jenama penjagaan kulit dermatologi baharu berlandaskan sains yang dirumus khas untuk kulit Asia dan kegunaan harian, melancarkan produk mereka di guardian dan Mannings.
Dibangunkan bersama pasukan pakar dari Pusat Kulit Kebangsaan Singapura (National Skin Centre), salah satu institusi dibawah NHG Health, Clera Cera membawakan penjagaan benteng kulit yang dibangunkan oleh pakar dermatologi ke pasaran runcit.










