LIVERPOOL – Kekalahan kepada Arsenal kelmarin masih mengganggu fikiran kapten Liverpool, Virgil Van Dijk menjelang aksi Liga Juara-Juara (UCL) menentang Fenerbahce di Stadium Sukru Saracoglu awal pagi esok.

Ketumpulan jentera serangan sekali lagi dianggap menjadi punca The Reds terpaksa menanggung kekalahan, namun mereka berpeluang untuk menebus kekalahan itu ketika melayan kunjungan Fenerbahce.

Van Dijk berkata, dia masih kecewa dengan keputusan tersebut, lebih-lebih lagi mereka bermain di laman sendiri selain turut mencipta deretan peluang bagi merobek pintu gol The Gunners.

“Memang masih kecewa dengan kekalahan sebelum ini kerana kami bermain di laman sendiri. Selain itu, kami juga mencipta beberapa peluang terbaik, tetapi ia gagal dimanfaatkan oleh jentera serangan.