GUA MUSANG – Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Gua Musang dibuka susulan hujan lebat melanda daerah ini awal pagi tadi.
Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan, sebanyak tiga keluarga membabitkan 11 orang mangsa berlindung di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Batu 5 di sini setakat pukul 9.30 pagi meskipun cuaca hujan sudah berhenti di kawasan tersebut.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri hingga pukul 10 pagi ini.
MetMalaysia memaklumkan, amaran cuaca itu membabitkan Kedah (Kulim dan Bandar Baharu) dan Pulau Pinang (Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Tengah, Barat Daya dan Timor Laut).










