Mahkamah Rayuan menolak permohonan bekas Undang Luak Sungai Ujong Datuk Mubarak Thahak dan lima individu lain untuk menangguhkan prosiding komital sementara menunggu keputusan rayuan.

PUTRAJAYA: Bekas Undang Luak Sungai Ujong Datuk Mubarak Thahak dan lima individu lain hari ini gagal menangguhkan prosiding komital selepas Mahkamah Rayuan menolak permohonan mereka sementara menunggu keputusan rayuan.

Panel tiga hakim yang terdiri daripada Datuk Alwi Abdul Wahab, Datuk Dr Shahnaz Sulaiman dan Datuk Amarjeet Singh sebulat suara menolak permohonan itu serta memerintahkan enam perayu membayar kos sebanyak RM60,000 kepada responden, iaitu Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan (DKU) serta Setiausahanya, Raja Norazli Raja Nordin.