MANCHESTER: Bruno Fernandes berharap kemenangan dramatik 3-2 ke atas AS Roma mampu menjadi pencetus kebangkitan Manchester United, sekali gus mengembalikan keyakinan pasukan itu yang sedang bergelut dengan prestasi tidak menentu.
United bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mencatat kemenangan dalam aksi Liga Juara-Juara di Old Trafford, semalam, sekali gus memberikan kelegaan kepada pengurus, Michael Carrick yang berdepan tekanan susulan keputusan mengecewakan sebelum ini.
Fernandes menjadi pencetus kebangkitan menerusi jaringan penalti pada minit ke-58 sebelum Matheus Cunha mengambil alih tugas sebagai wira dengan meledak dua gol dalam tempoh 10 minit terakhir.
Kemenangan itu cukup bermakna buat The Red Devils yang hampir melanjutkan rekod tanpa kemenangan kepada 10 perlawanan selepas gagal mempamerkan aksi meyakinkan pada separuh masa pertama.









