Keganasan rumah tangga bukan sahaja melibatkan kecederaan fizikal malah merangkumi penderaan emosi dan psikologi, keganasan seksual, ugutan, mengurung atau menyekat pergerakan.KUALA LUMPUR: Sebanyak 5,862 kes keganasan rumah tangga direkodkan polis bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, menunjukkan isu berkenaan masih memerlukan perhatian serius serta tindakan bersepadu pelbagai pihak.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri, berkata kes keganasan rumah tangga meningkat 3.9% pada 2025 kepada 7,391 kes berbanding 7,116 kes pada tahun sebelumnya.

“Di sebalik setiap angka itu ada individu dan keluarga termasuk kanak-kanak yang memerlukan perlindungan, sokongan dan pemulihan,” katanya ketika berucap pada Simposium Pengukuhan Polisi Kepada Realiti Keganasan Rumah Tangga: Mendepani Cabaran dan Pemerkasaan Institusi Kekeluargaan, hari ini.