KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Sunway Construction Group Bhd, Sunway Construction Sdn Bhd (SCSB) memeterai perjanjian pembinaan bagi kontrak kerja di Serendah, Selangor bernilai RM1.74 bilion.
Menurut kumpulan pembinaan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, projek itu meliputi kerja-kerja pembinaan, penyiapan, pengujian dan pengoperasian pusat data berskala besar.
Skop kerja termasuklah pembinaan struktur teras dan bangunan luaran, infrastruktur kampus serta kerja-kerja pemasangan mekanikal, elektrik dan paip (MEP).
"Projek ini akan bermula pada suku keempat 2026 dan dijadualkan siap pada suku keempat 2028," menurutnya.








