JAKARTA: Malaysia menamatkan penantian 12 tahun untuk menewaskan Vietnam selepas mencatat kemenangan 1-0 pada aksi penentuan tempat ketiga Piala Asean Fifa 2026 di Stadium Gelora Bung Karno (GBK).
Pemain gantian Fergus Tierney muncul wira Harimau Malaya apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-62, sekali gus memastikan skuad kendalian ketua jurulatih sementara Tan Cheng Hoe menamatkan kempen di tempat ketiga.
Kemenangan itu cukup bermakna buat Malaysia yang kali terakhir menewaskan Vietnam pada aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2014.







