SEPANG – Prestasi cemerlang empat perlawanan tanpa kalah dan rekod bersih tanpa bolos dalam kempen Piala ASEAN FIFA 2026 bukan sahaja mengembalikan maruah Harimau Malaya di pentas antarabangsa, malah berjaya meniup kembali api keyakinan dalam kalangan peminat bola sepak tanah air.

​Di sebalik kejayaan membanggakan itu, pengendali interim skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe, mengakui anak-anak buahnya  memikul bebanan dan tekanan emosi yang cukup tinggi demi memastikan peminat boleh kembali rasa bangga dengan Harimau Malaya

​Menurut Cheng Hoe, tekanan tersebut hadir kerana para pemain sedar betapa besarnya harapan peminat yang dahagakan persembahan bertenaga serta keputusan positif daripada kem negara.