KUALA LUMPUR: Sunway Medical Centre, Sunway City (SMC) mengekalkan kedudukannya sebagai hospital pintar nombor satu di Malaysia, serta memperbaiki kedudukan globalnya ke tempat ke-226 dalam senarai World's Best Smart Hospitals 2027 oleh Newsweek, berbanding tempat ke-313 pada tahun 2026.
Presiden Sunway Healthcare Group, Datuk Lau Beng Long, berkata pengiktirafan itu, mencerminkan komitmen jangka panjang kumpulan tersebut dalam membangunkan infrastruktur penjagaan kesihatan dan memperkukuh keupayaan klinikal serta perkhidmatan melalui penyelesaian inovatif.
"Pengiktirafan sebagai Hospital Pintar nombor satu di Malaysia dan antara hospital terkemuka peringkat global ini, mencerminkan komitmen jangka panjang Sunway Healthcare Group dalam mencapai kecemerlangan pembangunan infrastruktur, serta keupayaan klinikal dan perkhidmatan dengan memanfaatkan penyelesaian yang inovatif.









