ISTANBUL: Angkatan Tentera Yaman pada Rabu memaklumkan pihaknya melaksanakan 1,322 operasi menyasarkan kedudukan dan keupayaan kumpulan Houthi, dengan mendakwa kira-kira 340 anggota dan komander kumpulan itu terbunuh atau dilumpuhkan, lapor Anadolu Ajansi.
Dalam kenyataan menerusi platform media sosial X, jurucakap tentera Yaman berkata, operasi berkenaan turut memusnahkan atau merosakkan 114 kenderaan dan peralatan ketenteraan.
Jurucakap itu berkata, tentera kerajaan turut berjaya menguasai beberapa kawasan di wilayah Al-Jawf menerusi operasi ketenteraan Fajar Yaman yang masih berlangsung.
Menurut kenyataan itu, unit daripada Divisyen Kecemasan Pertama dan Ketiga berjaya menawan kedudukan Houthi di Umm Lafifa, Qurun al-Sabir dan Duhaydat al-Aqir.










%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F12%2F4754873d2a5bd3e270f2a0a1a6b3f5c6.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)