Menurut Miti, pelabur REE agak keberatan untuk melabur pada masa ini kerana ketiadaan jaminan bekalan bahan mentah yang stabil dalam negara. (Gambar Pexels)KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju memberikan fleksibiliti dasar moratorium eksport bahan mentah unsur nadir bumi (REE) sedia ada melalui Garis Panduan Pertimbangan Permohonan Pengeksportan Unsur Nadir Bumi Mentah bagi menarik pelabur berpotensi.
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) memaklumkan pada masa ini, pelabur REE agak keberatan untuk melabur kerana ketiadaan jaminan bekalan bahan mentah yang stabil dalam negara.
Menurutnya, fleksibiliti pengeksportan itu terhad untuk aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) sahaja.








