PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada paras 2.75 peratus buat kali kesembilan berturut-turut sejak Julai 2025 menerusi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) terakhir bagi tahun ini, sekali gus menunjukkan OPR kekal rendah sepanjang 2026.
BNM berkata, petunjuk ekonomi terkini menunjukkan pertumbuhan global terus berdaya tahan, disokong pelaburan teknologi yang kukuh serta keadaan pasaran buruh yang stabil.
“Bagaimanapun, inflasi meningkat sedikit susulan kenaikan kos tenaga dan dijangka kekal tinggi berikutan kesan peningkatan kos terhadap harga pengguna.
“Ketidaktentuan geopolitik dijangka terus memberi tekanan kepada pertumbuhan global, khususnya dalam keadaan tekanan inflasi yang masih berterusan.










