MERSING: Seorang penuntut GiatMara Mersing ditemukan lemas selepas motosikal Yamaha Y15 ditunggangnya dipercayai terbabas ke dalam Sungai Jemaluang di Jalan Sekakap, di sini malam tadi.
Mangsa yang dikenal pasti sebagai Ahmad Danish Zaquan Ahmad Yazir, 19, dipercayai gagal menyelamatkan diri selepas motosikal berkenaan terjatuh ke dalam sungai pada pukul 11.36 malam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing, Penolong Penguasa Bomba, Mohd. Alias Hussin berkata, seramai 15 anggota termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dikejar ke lokasi setelah pihaknya dimaklumkan tentang kejadian.
“Operasi mencari dan menyelamat digerak sebelum mayat mangsa ditemukan pada jarak 100 meter dari lokasi terakhir mangsa. Mangsa ditemukan pada pukul 7.55 pagi.










