Kerajaan pada 29 Okt lalu memeterai CSA dengan 13 Ahli Parlimen terdiri enam wakil Bersatu diketuai Muhyiddin Yassin, enam bekas wakil parti itu dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Polemik Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) akan terus berulang selagi peruntukan pembangunan kawasan Ahli Parlimen bergantung pada rundingan politik, bukannya jaminan undang-undang yang adil dan telus, kata penganalisis.

Tawfik Yaakub berkata, CSA boleh menjadi mekanisme menjamin kestabilan kerajaan, namun peruntukan pembangunan tidak sepatutnya dianggap ganjaran kepada wakil rakyat yang bersetuju memberikan sokongan.

Ahli akademik Universiti Malaya itu menggesa kerajaan mempertimbangkan undang-undang khusus bagi memastikan pengagihan peruntukan dibuat secara adil berdasarkan keperluan kawasan, tanpa mengira kedudukan politik wakil rakyat.