KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan beliau tidak mengetahui mengenai sebarang maklumat berkenaan status pembayaran denda RM50 juta yang dikenakan terhadap suaminya.

Denda itu sebagai bayaran bagi membolehkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.

“Saya tidak tahu, keluarga tidak tahu dan saya pun tidak diberitahu mengenainya,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas pengurusan kes melibatkannya di perkarangan Kompleks Mahkamah, di sini hari ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai status kutipan bagi denda itu, Rosmah juga memaklumkan tidak mengetahui dan meminta rujukan dibuat terus kepada pihak yang berkaitan.