Key takeaways
Wazata Zain, 87 tahun, tinggal sendirian di rumah teres di Rawang, tetapi tinggal berdekatan dengan anak-anaknya.
- Wazata Zain adalah pelakon dan penulis skrip rancangan Cumi dan Ciki.
- Beliau menjalani rutin membaca Al Quran dan solat setiap hari.
- Beliau tidak lagi aktif berlakon sebagaimana dahulu selepas filem Syurga Cinta pada 2009.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
RAWANG: Nama Datuk Wazata Zain cukup terkenal dalam kalangan rancangan kanak-kanak terbitan RTM, Cumi dan Ciki lebih empat dekad lalu.
Selain memainkan peranan sebagai pelakon di sebalik patung haiwan beliau juga adalah penulis skrip untuk rancangan tersebut.
Menurut Wazata,87, masanya banyak dihabiskan di rumah teres dua tingkat yang didiami sendirian di Taman Pelangi Rawang.
“Walaupun tinggal sendirian, rumah dua anak saya terletak di sebelah menyebelah rumah saya.