Batu Gajah: Seramai 58 banduan menerima khabar gembira apabila dikurniakan pengampunan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sekali gus dibebaskan lebih awal daripada tarikh pembebasan sebenar.

Pengampunan diraja itu diberikan sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Baginda yang ke-70.

Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan dan Koreksional), Rosoman Abu Bakar @ Che Din berkata, daripada jumlah itu, seramai 37 prospek dibebaskan di Pusat Koreksional Batu Gajah, hari ini.

Beliau berkata, baki banduan lain yang turut menerima pengampunan ditempatkan di beberapa institusi penjara lain termasuk Penjara Tapah, Pusat Koreksional Kamunting, Penjara Taiping, Penjara Seberang Perai serta Negeri Sembilan susulan permohonan perpindahan sebelum ini.