KUALA LUMPUR - Dua kenderaan Jabatan Penjara dilihat memasuki kawasan kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Langgak Duta, Kuala Lumpur sekitar jam 2.40 petang, Jumaat. Perkembangan itu berlaku susulan pengesahan peguam bekas Ahli Parlimen Pekan itu, Farhan Muhammad Shafee, bahawa pihaknya sudah memperoleh perintah mahkamah bagi membolehkan anak guamnya menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah.Sinar Harian sebelum ini melaporkan pasukan peguam bekas Presiden UMNO itu menuju ke Penjara Kajang bagi menyerahkan perintah pelaksanaan tahanan rumah yang diperoleh daripada Mahkamah Tinggi di sini.Bagaimanapun, Farhan berkata, beberapa proses lanjut perlu diselesaikan sebelum Najib dibenarkan keluar dari penjara.Beliau menjangkakan urusan berkenaan dapat diselesaikan hari ini, tertakluk kepada kelancaran proses terbabit.Ditanya sama ada bekas Ahli Parlimen Pekan berusia 73 tahun itu akan meninggalkan Penjara Kajang serta-merta, beliau berkata, ia bergantung kepada perjalanan proses berkenaan.
Dua kenderaan Jabatan Penjara memasuki kediaman Najib

Key takeaways
Dua kenderaan Jabatan Penjara memasuki kediaman Najib di Kuala Lumpur sekitar jam 2.40 petang.
- Pihak peguam Najib mendapat perintah mahkamah untuk tahanan rumah.
- Proses lanjut perlu diselesaikan sebelum Najib dibenarkan keluar dari penjara.
- Najib berusia 73 tahun dan bekas Ahli Parlimen Pekan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- ZULHAIZI ROSDI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Sinar Harian Dua kenderaan Jabatan Penjara memasuki kediaman Najib (this story)
- Berita Harian Kenderaan bawa Najib keluar dari Penjara Kajang







