ALOR GAJAH – Pengalaman sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Jaya menjadi taruhan Datuk Ginie Lim Siew Lin untuk merampas semula kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.Calon Pakatan Harapan (PH) itu berkata, peluang bertanding semula memberi ruang kepadanya menyambung khidmat kepada penduduk terutamanya dalam menyelesaikan beberapa agenda yang masih tertangguh sepanjang tempoh pentadbirannya sebelum ini.Katanya, antara perkara yang mahu diberi perhatian ialah usaha mendapatkan tempoh pajakan tanah selama 99 tahun bagi kawasan perumahan Kampung Baru serta kelulusan projek pembinaan rumah generasi kedua di tanah rancangan Felda Hutan Percha.Menurut beliau, kedua-dua perkara itu tidak dapat direalisasikan ketika beliau menjadi wakil rakyat sebelum ini berikutan tempoh pentadbiran yang singkat."Ini antara perkara yang kita tidak dapat laksanakan ketika saya menjadi wakil rakyat dahulu kerana tempoh pentadbiran yang singkat."Saya berharap sekiranya diberi peluang sekali lagi, saya dapat memberikan perkhidmatan terbaik dan menyelesaikan perkara yang masih tertangguh," katanya ketika ditemui di Bilik Gerakan PH di Machap Umboo, di sini.Ginie berkata, beliau sudah mengunjungi lebih separuh daripada lebih 16,000 pengundi di kawasan berkenaan, termasuk penduduk di tujuh kampung Orang Asli, tiga kampung tradisi dan dua Kampung Baru.Katanya, sambutan penduduk yang menyapanya dengan ucapan 'welcome back' sepanjang kunjungan itu turut memberi suntikan semangat untuk kembali berkhidmat."Saya terharu apabila menerima ucapan dan sokongan daripada penduduk dan ia menjadi tekad saya untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada mereka.Apabila saya terpilih pada 2018, saya hanya mempunyai masa yang suntuk untuk melaksanakan janji dan memenuhi keperluan semua pengundi," katanya.Beliau yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak 2006 berkata, pengalaman bertanding sebanyak empat kali sejak Pilihan Raya Umum ke-12, termasuk kemenangan pada 2018, menjadi antara bekalannya untuk kembali menawarkan khidmat kepada penduduk.Kata Ginie, beliau turut mempunyai pasukan khidmat berpengalaman yang masih bersamanya sejak menjadi wakil rakyat, termasuk bekas pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), ahli majlis serta individu berpengalaman dalam agensi kerajaan."Kami tidak pernah meninggalkan penyokong walaupun pada pilihan raya lalu saya tidak bertanding. Apabila parti bertanding, kita tetap perlu meneruskan khidmat kepada pengundi dan penyokong."Perkhidmatan itu diteruskan menerusi platform pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta kerjasama pusat khidmat di bawah pimpinan Adly Zahari," katanya.Mengulas keutamaan pembangunan di Machap Jaya, Ginie berkata, hasil pertemuan dengan penduduk sepanjang kempen mendapati tiga perkara utama perlu diberi perhatian iaitu keselamatan, pembangunan ekonomi dan kemajuan tanah.Beliau mahu memperluas peluang ekonomi serta pekerjaan untuk golongan muda, termasuk menerusi latihan Pendidikan dan Latihan
Ginie mahu rampas semula Machap Jaya

Key takeaways
Datuk Ginie Lim Siew Lin ingin merampas semula kerusi Machap Jaya dalam PRN Melaka ke-16 untuk menyelesaikan agenda yang tertangguh.
- Ginie ingin menyelesaikan isu pajakan tanah 99 tahun untuk Kampung Baru dan rumah generasi kedua Felda Hutan Percha.
- Beliau mengunjungi lebih 16,000 pengundi termasuk penduduk Orang Asli dan kampung tradisi.
- Sambutan penduduk memberi semangat kepada Ginie untuk kembali berkhidmat.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NOOR AINON MOHAMED
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Berita Harian PRN Melaka: Ginie bawa politik baharu di DUN Machap Jaya
- Utusan Malaysia Ginie mahu bawa stesen minyak ke Machap Jaya
- Sinar Harian Ginie mahu rampas semula Machap Jaya (this story)









