Kuala Lumpur: Penyanyi rap, Caprice berhasrat membuat laporan polis selepas mendakwa difitnah menerusi hantaran akaun TikTok, mengaitkan dia dengan kenyataan didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong.
Kontroversi tercetus apabila satu akaun TikTok menyiarkan hantaran mendakwa Caprice memuat naik salinan titah Yang di-Pertuan Agong berkaitan isu Datuk Seri Najib Razak di Instagram Story, bersama kapsyen yang didakwa menghina institusi diraja.
Hantaran turut memaparkan dua tangkap layar yang didakwa menunjukkan Instagram Story berkenaan sebelum dipadam dan dimuat naik semula tanpa kapsyen.
Bagaimanapun, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, menerusi video penjelasan dimuat naik di Instagram miliknya semalam, menyifatkan kandungan akaun TikTok berkenaan sebagai fitnah.









