KUALA LUMPUR: Penyanyi era 1980 dan 1990-an, Datin Ramziela Radzillah, 61, mengakui masih aktif menyanyi, namun lebih kepada undangan persembahan makan malam dan acara korporat.

Ramziela berkata, dia juga bersyukur masih menerima tawaran dengan bayaran berpatutan, dan sedia berbincang sekiranya acara nyanyian akan dihadiri berkaitan majlis amal serta kebajikan.

"Alhamdulillah, saya belum lagi berhenti menyanyi dan rezeki pun masih ada. Cuma, kebanyakannya lebih kepada undangan persembahan majlis makan malam dan acara korporat.

"Soal bayaran juga bolehlah, berpatutan untuk nyanyi tiga atau empat lagu . Sebab, saya pun ambil kira jarak ke majlis itu, penginapan, tol, minyak kereta dan sebagainya.