Kuala Lumpur: Mempunyai organisasi terancang, berstruktur dan turut dibiayai oleh individu berpengaruh menjadikan kumpulan penggodam ini antara yang paling bahaya di dunia.
Kini, terdapat sekurang-kurangnya lima kumpulan 'penggodam profesional' terkemuka dunia yang dikaitkan dengan agensi perisikan atau kerajaan negara tertentu.
Kumpulan Ancaman Berterusan Lanjutan (APT) ini menceroboh rangkaian secara senyap, kadangkala bertahun-tahun untuk mencuri maklumat, mengaut keuntungan atau melumpuhkan perkhidmatan penting.
Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Siraj Jalil berkata, antara kumpulan itu terbabit ialah APT28 atau nama jolokan mereka, Fancy Bear yang dikaitkan dengan Unit 26165 perisikan tentera Rusia (GRU).








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F2523424234234_114134.png&w=480&output=webp&q=85&we)