news@nst.com.my
Kota Kinabalu: Kakak tiri kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner, di sini, hari ini, bahawa dia mengalami tekanan emosi akibat cara ibu tiri melayan dan bercakap dengannya.
Malianah Mahathir, 25, berkata, dia tinggal bersama bapa kandungnya, Mahathir Mohd Hashim dan ibu tirinya, Noraidah Lamat kira-kira tujuh bulan dari penghujung 2011 sehingga Jun 2012.
"Sepanjang masa itu, saya berasa tidak seronok dan tidak gembira," katanya ketika semasa membacakan pernyataan saksi di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.
Wanita yang sudah berkahwin dan kini menetap di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor itu berkata, dia mula mengenali Noraidah pada 2011 apabila bapanya memberitahu bahawa akan mengahwini wanita itu.








