GOPENG - [DIKEMAS KINI] Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dilaporkan hilang ketika beriadah bersama keluarga di Sungai Jahang di sini pada Isnin ditemukan meninggal dunia.Mangsa, Muhammad Muiz Muhd Luqman ditemukan tersangkut pada kayu di tengah sungai berhampiran kawasan Gua Tempurung kira-kira jam 10.29 pagi.Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud ketika dihubungi mengesahkan penemuan mangsa kira-kira lapan kilometer dari lokasi dia dipercayai hilang."Mangsa ditemukan oleh sekumpulan pemandu aktiviti rafting yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian."Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Kampar kira-kira jam 11.15 pagi untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian," katanya.Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, operasi SAR hari kedua bermula pada jam 9.30 pagi dengan melibatkan pelbagai agensi.Menurutnya, operasi berkenaan membabitkan 14 anggota JBPM, empat anggota unit Anjing Pengesan (K9) JBPM, 15 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), 30 komuniti pemandu aktiviti rafting serta lima anggota Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)."Operasi SAR melibatkan 10 bot rafting dengan pencarian difokuskan dari Dataran Sungai Kampar di Jahang hingga ke Jambatan Sungai Kampar, Kuala Dipang, meliputi jarak kira-kira 10 kilometer."Pasukan menggunakan kaedah 'follow the river stream' selain pencarian di tebing sungai oleh unit K9," katanya.Beliau berkata, pasukan SAR dibahagikan kepada dua kumpulan dengan pasukan pertama memulakan pencarian di lokasi mangsa dipercayai hilang, manakala kumpulan kedua ditempatkan kira-kira empat kilometer dari lokasi berkenaan.Dalam kejadian Isnin, mangsa yang datang berkelah bersama keluarganya dari Batu Gajah disedari hilang kira-kira jam 11.30 pagi.Mangsa kali terakhir dilihat sedang bermain air di tepi sungai sebelum keluarganya menyedari kehilangan kanak-kanak berkenaan.
Budak 2 tahun hilang ditemukan meninggal dunia

Key takeaways
Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang hilang di Sungai Jahang pada Isnin ditemukan meninggal dunia tersangkut pada kayu kira-kira lapan kilometer dari lokasi kejadian. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kampar untuk bedah siasat.
- Mangsa Muhammad Muiz Muhd Luqman ditemukan tersangkut pada kayu di tengah sungai berhampiran Gua Tempurung.
- Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Kampar kira-kira jam 11.15 pagi untuk bedah siasat.
- Operasi mencari dan menyelamat hari kedua melibatkan 14 anggota bomba, 15 polis dan 30 pemandu rafting.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORMAWATI ADNAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Berita Harian Lelaki ditemukan meninggal dunia dalam tandas sekolah
- Sinar Harian Budak 2 tahun hilang ditemukan meninggal dunia (this story)








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F11%2F19c0141944dc2cff4dbe6a8306988278.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)