Kuala Lumpur : "Saya beranggapan mereka yang hadir ke konsert itu sekadar meminati lagu-lagu dipersembahkan dan tiada niat langsung untuk terbabit dengan apa-apa perkara yang menyentuh soal akidah dan sebagainya."
Demikian kata penyanyi nasyid dan komposer, Hafiz Hamidun ketika diminta mengulas mengenai kontroversi membabitkan konsert artis antarabangsa, The Weeknd yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 4 dan 5 November lalu.
Hafiz, 42, berkata, melihat hantaran-hantaran di media sosial, dia juga pada awalnya tidak perasan akan wujudnya kontroversi pada peringkat awal.
"Namun, selepas melihat reka bentuk set pentasnya, saya faham bahawa ada kalanya pihak produksi luar kurang cakna dengan sensitiviti dan garis panduan di negara kita.







%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F05%2Fca051a67bdc6a07ffeb8b77fd28522aa.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)


