Seramai 848 mangsa daripada 236 keluarga ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara di Kuala Selangor. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Sebanyak 848 mangsa banjir daripada 236 keluarga masih ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di Kuala Selangor, Selangor setakat 4 petang tadi.
Menurut portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PPS SK Dato' Maharaja Lela menempatkan jumlah tertinggi iaitu 412 mangsa diikuti SK Parit Mahang (241), SRA Bukit Kuching (105), SA Batu 8 Ijok (77) dan SK Jaya Setia (13).
Selain itu, 20 mangsa kejadian tanah runtuh pada 29 Okt masih ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Kenanga, Gombak.
Di Perak, jumlah mangsa menurun kepada 348 orang daripada 99 keluarga berbanding 410 mangsa daripada 114 keluarga yang direkodkan pagi tadi.









