DI sebalik kejayaan menerusi pelbagai naskhah lakonannya kebelakangan ini, pelakon Amir Ahnaf rupa-rupanya pernah berdepan detik sukar apabila 'hilang' hingga tercari-cari hala tuju dalam perjalanan seninya.

Bagaimanapun, filem Baga: Esok Untuk Siapa (Baga) arahan sutradara muda, Ariff Zulkarnain hadir tepat pada masanya.

Karya itu diibaratkan sebagai penawar yang mengembalikan semula jiwa serta jati dirinya yang sebenar sebagai anak seni.

Memegang watak utama sebagai Jani, pemuda yang bergelut dengan penyalahgunaan dadah, Amir, 26, menyifatkan projek berkenaan sarat dengan nilai kemanusiaan yang cukup mendalam.