KUALA LUMPUR: Soal belanja bukan lagi keutamaan buat pelakon Rita Rudiani, 50, apabila membabitkan persiapan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, 17, yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bulan ini.

Biarpun ada kalanya terkejut melihat jumlah bil yang diterima daripada pihak kafe, Rita mengakui tidak kisah berhabis menyediakan makanan berkhasiat buat Rayyan demi memastikan anaknya mendapat nutrisi mencukupi sepanjang tempoh menghadapi peperiksaan penting itu.

Katanya, dia turut mengambil inisiatif mencari pelbagai menu makanan sihat menerusi media sosial sebelum berkongsi cadangan berkenaan dengan pihak kafe yang menyediakan makanan untuk anaknya.

"Bila buka TikTok, nampak makanan berkhasiat yang lalu di FYP (For You Page), saya akan simpan siap-siap sebelum kongsikan dengan pihak kafe.