BANGKOK: Kabinet Thailand meluluskan pengenaan duti import sehingga 30 peratus terhadap barangan yang dibeli daripada platform e-dagang asing dan dihantar melalui perkhidmatan kurier ekspres atau pos antarabangsa, dalam usaha memberikan peluang persaingan lebih adil kepada perusahaan kecil tempatan, lapor Xinhua.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Ekniti Nitithanprapas, berkata pertumbuhan pesat e-dagang memberikan kemudahan kepada pengguna Thailand untuk mendapatkan barangan asing pada harga murah.

Beliau berkata, sedangkan perniagaan domestik perlu menanggung kos cukai, upah pekerja serta pematuhan terhadap undang-undang dan piawaian produk, sekali gus meletakkan mereka pada kedudukan kurang kompetitif.