SUNGAI BULOH - Berang ditegur kerana memotong barisan, seorang lelaki bertindak memukul dan mengugut pelanggan sebuah kedai serbaneka di Mutiara Subang di sini pada Ahad.Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah terhadap mangsa yang merupakan seorang lelaki tempatan."Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham apabila mangsa menegur suspek yang memotong barisan ketika membuat pembayaran."Suspek kemudian bertindak memukul dan mengugut mangsa sebelum melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Sebelum ini tular video di media sosial dipercayai dimuat naik seorang individu yang mendakwa dirinya dipukul dan diugut.Kejadian itu berlaku selepas mangsa menegur lelaki terbabit yang dipercayai memotong barisan.Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.Katanya, usaha mengesan dan menangkap suspek yang terlibat sedang giat dijalankan."Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Shamie Yosup di talian 013-6463069 atau IPD Sungai Buloh di talian 03-6156 1222."Orang ramai juga boleh hadir ke mana-mana balai polis berhampiran untuk menyalurkan maklumat," katanya.
Lelaki dipukul, diugut selepas tegur individu potong barisan

Key takeaways
Seorang lelaki dipukul dan diugut di kedai serbaneka Mutiara Subang selepas menegur individu yang memotong barisan. Suspek melarikan diri dengan motosikal.
- Kejadian berlaku di Mutiara Subang, Sungai Buloh, pada Ahad.
- Suspek dipanggil mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan.
- Pihak polis sedang mencari dan menangkap suspek.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Lelaki cedera diserang tiga individu bersenjata tajam
- Sinar Harian Lelaki dipukul, diugut selepas tegur individu potong barisan (this story)
- Utusan Malaysia Lelaki Rohingya didenda RM3,500 guna MyKad milik individu lain








