Hajiji Noor merasmikan bangunan Mahkamah Anak Negeri Tongod, Mei lalu yang menurut ketua menteri Sabah itu, ia antara usaha memartabatkan kedudukan undang-undang adat anak negeri. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Kerajaan Sabah memperkukuh kedudukan undang-undang adat anak negeri supaya ia lebih dihormati dan setaraf dalam sistem perundangan negara menerusi pembaharuan Mahkamah Anak Negeri (MAN).
Ketua Menteri Hajiji Noor berkata usaha itu dilaksanakan menerusi Rang Undang-Undang Mahkamah Anak Negeri 2026 yang diluluskan DUN pada Julai lalu.
Katanya, pembaharuan itu bertujuan memodenkan sistem perundangan tradisional Bumiputera supaya kekal berkesan dan relevan, selain memastikan bidang kuasa MAN lebih jelas dan teratur.









