PUTRAJAYA- [DIKEMAS KINI] Bekas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan, DAP belum membincangkan calon untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkannya.Beliau berkata, sebarang perbincangan mengenai jawatan tersebut akan dibuat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum diputuskan."Ya, serahkan (kepada Perdana Menteri). Jadi, perkara ini di bawah bidang kuasa Perdana Menteri," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan (MOT) dan majlis sambutan Deepavali di sini, pada Rabu.Mengulas mengenai fokusnya selepas ini, Anthony yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, tumpuan akan diberikan kepada usaha memperkukuh parti selain meneruskan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen selain terus memberikan sokongan kepada Perdana Menteri di bawah Pakatan Harapan (PH)."Sudah tentu sebagai Setiausaha Agung parti fokus saya adalah untuk memperkukuh parti, menjalankan peranan saya sebagai Ahli Parlimen dan terus menyokong Perdana Menteri di bawah PH," ujar beliau.Ditanya sama ada beliau mempunyai perancangan untuk kembali menyertai Kabinet selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, Anthony berkata, perkara itu hanya akan dijawab selepas pilihan raya berkenaan."Kita akan jawab selepas pilihan raya akan datang," katanya.Anthony yang juga Ahli Parlimen Seremban mengumumkan melepaskan jawatannya dalam Kabinet, berkuat kuasa semalam.Ia susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung permohonan tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa.Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Najib menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah di Langgak Duta, berkuat kuasa serta-merta.Perkembangan itu menyusul selepas Mahkamah Tinggi membatalkan perintah pelepasan Jumaat lalu dan menggantikannya dengan perintah pelepasan baharu terhadap bekas Presiden UMNO berusia 73 tahun itu.Anthony sebelum ini menegaskan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjejak kaki ke kediamannya.
[VIDEO] DAP belum bincang pengganti - Anthony
Key takeaways
Bekas Menteri Pengangkutan Anthony Loke menyatakan DAP belum membincangkan pengganti beliau dan sebarang keputusan akan dibuat bersama Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Ia akan terus fokus memperkukuh parti, menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen dan menyokong PH.
- Anthony Loke menegaskan DAP belum memilih pengganti dan keputusan akan dibuat bersama Perdana Menteri.
- Beliau akan terus berperanan sebagai Ahli Parlimen dan menyokong Perdana Menteri di bawah PH.
- Keputusan mengenai kemungkinan beliau kembali ke kabinet selepas PRU akan ditentukan selepas pilihan raya.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Free Malaysia Today
Story details
- Published
- Updated
- November 11, 2026 at 2:52 PM GMT+8
- By
- TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Harian Metro KDN belum bincang pengganti Mohd Shuhaily
- Berita Harian DAP belum bincang pengganti Loke dalam Kabinet
- Free Malaysia Today DAP belum bincang pengganti Loke, kata Syahredzan
- Sinar Harian [VIDEO] DAP belum bincang pengganti - Anthony (this story)
- Berita Harian DAP belum bincang pengganti Menteri Pengangkutan - Loke






%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F34323223_338552.png&w=480&output=webp&q=85&we)


