KUALA LUMPUR: Seramai 1,359 mangsa banjir daripada 391 keluarga ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak dan Selangor setakat jam 4.30 petang ini.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Selangor kekal mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 1,045 orang membabitkan 295 keluarga yang ditempatkan di enam PPS di daerah Kuala Selangor.

Jumlah ini meningkat berbanding 965 orang mangsa direkodkan jam 8 pagi tadi.

Perak pula merekodkan seramai 314 mangsa daripada 96 keluarga yang ditempatkan di dua PSS di Hilir Perak.