Ketua Polis Selangor Shazeli Kahar berkata mangsa telah dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur bagi menjalani pembedahan tangan kanannya dan dilaporkan stabil. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis putus pergelangan tangan kanan selepas diserang seorang lelaki warga asing bersenjatakan parang di sebuah premis kediaman di sekitar Desa Aman Puri, Kepong, petang semalam.
Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar, berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam pada 4 petang berhubung kejadian seorang lelaki berada dalam keadaan tidak stabil dan bertindak mengamuk.
Beliau berkata susulan laporan itu, sepasukan polis bersama-sama anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta petugas Kementerian Kesihatan (KKM) digegaskan ke lokasi untuk membantu mengawal keadaan.








