KUALA LUMPUR: Tidak mahu sikap terlalu mengawal menjadi punca hubungan dengan anak renggang, penerbit, Datuk A Aida memilih untuk memberi kebebasan kepada puteri keduanya, Azeva, menentukan sendiri pilihan hati dan teman dalam kehidupannya.

A Aida berkata, sebagai ibu, dia perlu belajar menerima keputusan anak-anak yang semakin dewasa, termasuk dalam soal persahabatan dan individu yang menjadi pilihan mereka.

Malah, penerbit filem Bisikan Nafsu itu menegaskan, dia tidak mempunyai masalah sekiranya Azeva berkawan dengan sesiapa sahaja, asalkan anaknya itu gembira.

"Untuk puteriku Azeva, mama okey saja awak nak berkawan dengan sesiapa, janji awak gembira, saya pun gembira," katanya menerusi hantaran di Threads.