Berlin: Bekas Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter mengkritik hebat kepemimpinan presiden semasa, Gianni Infantino dengan menyifatkan penggantinya itu sebagai 'diktator' selain mendakwa beliau memerlukan bantuan psikiatri dalam satu temu bual bersama majalah Der Spiegel yang diterbitkan semalam.

Blatter, 90, turut mengkritik keputusan Infantino memperkenalkan anugerah Hadiah Keamanan FIFA kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menjelang Piala Dunia tahun ini yang akan berlangsung di AS, Kanada dan Mexico.

Beliau juga tidak bersetuju dengan rancangan Infantino selepas Piala Dunia untuk menjual sebahagian hak komersial kejohanan itu pada masa depan, yang akhirnya dibatalkan susulan bantahan hebat.