Beregu lelaki yang menghuni ranking No. 57 dunia, Aaron Tai-Yap Roy King menjadi satu-satunya wakil yang meneruskan perjuangan ke suku akhir
Key takeaways
Aaron Tai-Yap Roy King, peringkat ke-57 dunia, menjadi satu-satunya wakil Malaysia yang masuk suku akhir Kejohanan Badminton Jepun Masters di Kumamoto, Jepun, selepas memenangi perlawanan 21‑14, 21‑15 melawan Goh Sze Fei‑Nur Izzuddin.
- Aaron-Roy King memenangi perlawanan 21‑14, 21‑15 melawan Goh Sze Fei‑Nur Izzuddin.
- Beliau akan bertanding dengan Lee Jhe‑Huei‑Yang Po‑Hsuan, peringkat ke-15 dunia, di suku akhir.
- Pasangan Man Wei Chong‑Tee Kai Wun terhenti di peringkat 16 selepas kalah 15‑21, 18‑21 kepada Daniel Lundgaard‑Mads Vestergaard.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
PETALING JAYA: Beregu lelaki yang menghuni ranking No. 57 dunia, Aaron Tai-Yap Roy King menjadi satu-satunya wakil yang meneruskan perjuangan ke suku akhir pada Kejohanan Badminton Jepun Masters di Kumamoto, Jepun, esok.
Pasangan pecah ganding itu mengejutkan beregu No. 5 dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani 21-14, 21-15 dalam masa 28 minit pada pusingan kedua, hari ini.
Kedua-dua beregu tersebut belum pernah bertemu dalam sebarang kejohanan antarabangsa sebelum ini dan kemenangan yang dicatat Aaron-Roy King itu membolehkan mereka mendahului rekod pertemuan ke atas Sze Fei-Izzuddin dengan keputusan 1-0.
Pada suku akhir, esok Aaron-Roy King akan berdepan beregu yang menghuni ranking No. 15 dunia, Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan.