ALOR SETAR - Anak perempuan kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor cedera selepas terlibat dalam kemalangan berhampiran Kampung Alor Setol dekat sini petang tadi.Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, mangsa berusia 20 tahun yang juga pelajar Kolej Islam Darul Ulum Pokok Sena cedera pada bahagian muka dan tangan kiri, serta disyaki mengalami patah pergelangan tangan kanan."Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang tadi apabila mangsa yang menunggang motosikal Yamaha X-Max 250 dari arah kolejnya di Pokok Sena menghala ke Alor Setar."Setibanya di lokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikal yang ditunggangnya sehingga menyebabkan ia terbabas ke dalam longkang," katanya dalam kenyataan malam Khamis.Beliau berkata, sejurus kejadian, mangsa dibantu oleh orang awam dan pasukan perubatan sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan lanjut dan kini berada dalam keadaan stabil."Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - Bernama
Anak Menteri Besar Kedah kemalangan

Key takeaways
Anak perempuan Menteri Besar Kedah cedera dalam kemalangan motosikal di Alor Setar petang ini.
- Mangsa berusia 20 tahun cedera muka dan tangan kiri selepas kemalangan.
- Kemalangan berlaku kira-kira jam 4 petang di Kampung Alor Setol.
- Mangsa kini stabil selepas dihantar ke hospital.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Setakat ini saya yang Menteri Besar – Ismail Lasim
- Free Malaysia Today BUDI95: B40, M40 terima manfaat lebih besar, kata menteri
- Sinar Harian Anak Menteri Besar Kedah kemalangan (this story)








