KUALA LUMPUR: Sebanyak RM103.3 juta dibelanjakan sehingga September 2026 bagi pelaksanaan penuh Dasar Gaji Progresif (DGP), dengan sebahagian besar peruntukan digunakan untuk pembayaran insentif kepada majikan.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata insentif itu dibayar secara bulanan kepada majikan yang melaksanakan kenaikan gaji pekerja sehingga Disember 2027.

Katanya, sebanyak RM300 juta diperuntukkan bagi menyokong pelaksanaan penuh DGP dari 2025 hingga 2027, dengan sasaran penyertaan seramai 50,000 pekerja.

"Sehingga 31 Disember 2025, seramai 4,025 majikan membabitkan 51,363 pekerja menyertai DGP dan memenuhi syarat kenaikan gaji, sekali gus melepasi sasaran penyertaan ditetapkan," katanya dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat yang dikeluarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.