JASIN: Penggunaan Sistem Pengecaman Aksara Optik Kehadiran Pengundi (OCR-VA) tidak memberi sebarang kesan terhadap kerahsiaan undi mahupun tempoh masa diambil pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dr Azmi Sharom, berkata orang ramai dan semua pemegang taruh diharap dapat menerima pelaksanaan sistem itu secara positif sebagai satu usaha berterusan untuk memperbaiki dan mempermodenkan sistem pengundian negara.
Beliau berkata, berdasarkan pemerhatian setakat ini, sistem itu ringkas, tepat dan mudah difahami, sekali gus tidak menyukarkan petugas pilihan raya untuk mengendalikannya.
"Setakat ini, kita melihat sistem ini adalah satu sistem di mana petugas pilihan raya kena biasakan diri, tetapi bukanlah susah sangat. Setahu kami, mereka pun tidak mendapati sistem ini terlalu mengelirukan atau rumit. Sistem ini agak ringkas dan tepat.









%2Ffile%2Fattachments%2F885%2F68c1c295bf743080e0859372597feeb0_974048.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
