KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Aaron Tai-Yap Roy King mara ke separuh akhir Masters Kumamoto selepas menundukkan wakil Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan, hari ini.

Gandingan itu tidak berdepan masalah menyingkirkan pasangan ranking ke-15 dunia berkenaan menerusi kemenangan straight set 21-16, 21-12 dalam aksi suku akhir yang berlangsung 28 minit.

Kejayaan melangkah ke kelompok empat terbaik itu meneruskan momentum positif gandingan berkenaan yang sebelum ini mencuri perhatian selepas muncul juara Terbuka Artik pada penampilan sulung mereka sebagai pasangan.

Aaron-Roy King akan menentang pemenang perlawanan antara pasangan Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard dan wakil tuan rumah, Hiroki Okamura-Kyohei Yamashita di separuh akhir esok.