Kuala Lumpur: Cabaran lebih getir menanti Aaron Tai-Yap Roy King apabila gandingan beregu lelaki negara itu bakal berdepan pasangan ranking ke-15 dunia bagi memburu tiket separuh akhir Masters Kumamoto esok.

Mereka dijadual bertemu wakil Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan, pada aksi suku akhir dalam misi meneruskan kejutan selepas menyingkirkan pasangan senior negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, 21-14, 21-15 pada pusingan kedua.

Kemenangan itu membuka peluang buat Aaron-Roy King untuk melangkah lebih jauh, namun mereka perlu mengekalkan momentum serta keserasian bagi mengatasi cabaran pasangan Taiwan berkenaan.

Jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi, sebelum ini mengakui melihat potensi pasangan berkenaan sejak digandingkan dan percaya kemampuan mereka.