KLANG: Individu yang menyamar sebagai pengawal peribadi sulit (ADC) Raja Muda Selangor didakwa sekali lagi di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu melibatkan penjualan kenderaan lelong bernilai RM40,000 pada April lalu.
Al Zulfadly Alias, 40, mengaku bersalah, manakala seorang lagi tertuduh, Nurul Nur Syahirah Kamarudin, 37, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan secara bersama terhadap mereka di hadapan Majistret, Siti Zubaidah Mahat.
Al Zulfadly dan Nurul Nur Syahirah didakwa bersama-sama memperdayakan seorang wanita berusia 43 tahun supaya mempercayai mereka mempunyai keupayaan menguruskan pembelian sebuah kenderaan terpakai jenis Lexus RX350 yang kononnya diperoleh menerusi lelongan sempena Sidang Kemuncak ASEAN pada harga RM40,000.









