SHAH ALAM: Anggota polis perlu menilai situasi di lokasi kejadian terlebih dahulu sebelum bertindak melepaskan tembakan, terutama di kawasan sempit yang dipenuhi ramai orang.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata walaupun polis mempunyai prosedur operasi standard (SOP) sebagai garis panduan, keputusan muktamad terletak pada anggota terbabit secara langsung dalam sesuatu insiden.
"Perkara ini penting khususnya dalam situasi yang memerlukan anggota kita membuat keputusan segera dan tepat ketika berdepan ancaman serangan secara langsung," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, hari ini.
Shazeli diminta mengulas insiden serangan terhadap Lans Koperal Thierry Rodger Pendy, 26, yang putus pergelangan tangan kanan akibat ditetak lelaki warga asing bersenjatakan parang dalam operasi di sebuah pangsapuri di Kepong, Rabu lalu.









%2Ffile%2Fattachments%2F885%2F68c1c295bf743080e0859372597feeb0_974048.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
