JAKARTA: Indonesia berdepan tekanan baharu untuk mengekalkan keyakinan pelabur dan kestabilan ekonomi selepas peletakan jawatan Naib Presiden Gibran Rakabuming Raka.

Kredibiliti penggantinya dijangka memainkan peranan penting dalam membentuk sentimen pasaran, menurut seorang ahli ekonomi.

Penganalisis perniagaan dan ekonomi, Dr Muhammad Ramaditya, berkata pasaran kewangan Indonesia memberikan reaksi berbeza terhadap pengunduran Gibran.

Rupiah melemah akibat ketidaktentuan politik, manakala pasaran saham domestik melonjak apabila pelabur menyambut baik prospek peralihan politik yang lebih lancar.