WASHINGTON – Polis menahan 354 orang serta merampas sejumlah besar dadah, senjata api dan wang tunai dalam operasi pembanterasan global terhadap pengguna web gelap(dark web), kata pegawai Amerika Syarikat dan Eropah semalam.
Polis Kesatuan Eropah (Europol) berkata, pihaknya menyelaraskan operasi penyamaran di seluruh dunia dengan nama kod ‘Operation TorNado’ bersama pihak-pihak berkuasa lain antara Mei 2025 hingga Oktober 2026 yang membawa kepada beratus-ratus serbuan di seluruh dunia.
Sebahagian besar tangkapan berlaku di Amerika Syarikat (132), diikuti Britain (59), Hungary (45), Jerman (41) dan Perancis (23).
“Operasi TorNado menangani salah satu ancaman keselamatan awam yang paling mendesak pada zaman ini iaitu penyeludupan fentanyl dan dadah maut lain melalui web gelap,” kata Timbalan Pengarah Biro Siasatan Persekutuan(FBI), Christopher Raia.










