LOS ANGELES : Pemain dram asal kumpulan rock terkenal, W.A.S.P., Tony Richards meninggal dunia semalam pada usia 69 tahun.
Berita pemergian bekas rakan seperjuangan itu disahkan sendiri oleh vokalis dan ketua kumpulan W.A.S.P., Blackie Lawless menerusi satu hantaran di media sosial rasmi kumpulan berkenaan.
"Kami semua dalam keluarga besar W.A.S.P. amat berdukacita apabila mendapat perkhabaran mengenai pemergian pemain dram asal kami, Tony Richards. Ketika kumpulan ini ditubuhkan, kami berempat memiliki personaliti yang sangat kuat dan Tony sememangnya setanding dengan anggota lain.
"Personalitinya sangat menceriakan dan dia sentiasa kelihatan hebat dalam foto. Namun, kebolehan bermain dram yang sebenarnya melambangkan siapa dirinya. Melihat dia bermain mampu memukau sesiapa sahaja yang berada di dalam bilik itu.









