KUALA LUMPUR: Misi menamatkan kemarau 46 tahun tanpa kemenangan ke atas China menjadi buruan Harimau Malaya apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Zhaoqing New District Sports Centre, esok.

Berdasarkan semakan rekod di laman Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), kali terakhir Malaysia menewaskan China adalah pada 1980 menerusi kemenangan 3-1 dalam aksi persahabatan di Kuala Lumpur yang mana ketika itu skuad negara dibimbing Karl-Heinz Weigang.

Sejak kemenangan bersejarah itu, Harimau Malaya gagal mengulangi pencapaian berkenaan dan menjadikan pertemuan di Guangdong, hari ini sebagai peluang terbaik untuk menamatkan kemarau kemenangan yang sudah berlarutan hampir setengah abad.