PETALING JAYA: Kesatuan guru dan pakar perkembangan kanak-kanak mencadangkan had umur bagi penggunaan kecerdasan buatan (AI) generatif di dalam bilik darjah.
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Fouzi Singon, berkata pendidikan awal kanak-kanak perlu mengutamakan pembangunan kemahiran asas literasi, numerasi, komunikasi, kreativiti, penyelesaian masalah dan sosial.
Fouzi berkata apabila murid tidak mempunyai pemahaman kukuh mengenai konsep asas pada peringkat awal, ia akan menjadi semakin sukar untuk menangani jurang pembelajaran apabila mereka melangkah ke sekolah menengah.






